saya masih sayang awak !

Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.


Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?
 
Awak ambil berat tentang dia.
Awak habiskan masa mengingati dia.
Awak tunggu dia.
Tapi akhirnya?
Awak sebenarnya sedang buang masa.
Awak hakikatnya membunuh setiap detikan berharga.
Awak secara dangkalnya membazirkan nilai tidak tertakrif nyawa.
Hanya kerana dia.
Menjadi seorang berfikiran terbuka itu bagus buat semua.
Tapi, menjadi positif haruslah kena pada tempatnya.
Dia sudah kata tidak suka.
Dia sudah nyatakan dia berpunya.
Dia sudah laungkan awak bukan pilihannya.
Nah, apa yang awak mahu tunggu lagi sebenarnya?
Awak tetap mahu menunggu dia.
Walaupun masih banyak pilihan di hadapan mata.
Dengan alasan sama.
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
 
Dia jatuh sakit selsema.
Awak berkejar bagaikan awak ahli keluarga.
Setiap perkembangannya awak pantau bagaikan sudah diberikan peluang kedua.
Awak jaga sehingga dia kembali ceria.
Dengan sekelumit harapan agar dia buka mata.
Tetapi malangnya pandangannya bukan pada awak yang setia.
Bukan awak yang setiap malam berjaga.
Dia jatuh tangga.
Awak datang tolong paut sepenuh tenaga.
Awak rawat supaya hilang segala duka.
Awak balut kemas agar tidak tertinggal kesedihan tersisa.
Dia bangkit gembira.
Awak ditinggalkan begitu sahaja.
Awak, sedarlah dan buka minda.
Bukan awak yang dia suka.
Bukan awak pilihan hati dia.
Awak langsung tidak diberi peluang walaupun ingin hadir sebagai kawan sahaja.
Cukuplah awak derita.
Setiap benda ada batasannya.
Sampai bila awak mahu biarkan diri awak sengsara?
Dengan alasan hanya sebab awak tak boleh hidup tanpa dia.
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
Tapi sampai bila?
 
Kadangkala awak, daripada kita mencari apa yang kita mahukan, kita sepatutnya mencari apa yang kita perlukan. Kerana bila kita terjumpa apa yang kita perlukan, apa yang kita mahukan akan datang kepada kita.



thanks reading :) LIKE la !